Kehidupan, ialah pokok,sabar sebagai baja dan nikmat akhirnya ialah buahnya

hari ni,saya nak cakap psl ujian dan sabar..semua orang ada hidup yang berbeza..mungkin sama rutinnya,tapi tak serupa.makan,kerja,tidur, bercinta.semua tak sama. Ada yang dapat makan sedap,kenyang-kenyang, ada yang hanya makan sekali sehari, ada yang tidur dalam bilik aircond, katil empuk..atau hanya beralaskan tikar usang,lantai kayu. Itulah hidup.masing-masing ada dugaan tersendiri, dan dugaan itu mengikut kemampuan mereka.Jangan fikir yang kaya itu bukan ujian,ia lebih besar ujian kepada tuan empunya harta dari yang kita sangka, kerana setiap harta yang dibelanjakan akan disoal di akhirat sama ada kejalan Allah mahupun sebaliknya. Sihat juga ujian, untuk menguji sejauh mana kita syukur nikmat sihat yang tuhan beri, dan ujian adalah kehidupan.Tanpa ujian, ia takkan dinamakan kehidupan,namun hanya khayalan semata-mata.Allah tak kejam untuk bagi ujian yang tak boleh di tanggung umatnya.Yakinlah,ujian itu tanda Allah sayang. bersabarlah wahai umat yg mengaku SAYANGKAN ALLAH.. dalam ayat Al-quran byk disebut tentang sabar..

     Allah Ta’ala berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ
“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian.” (Muhammad:31)

    Allah Ta’ala berfirman:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Aali ‘Imraan:200)
Dan Allah Ta’ala berfirman:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)

Dan Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar:10)

Dan Allah Ta’ala berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:153)
 jelas yang Allah itu sentiasa ada bersama mereka yg bersabar..malah mereka mendapat ganjaran pahala.  


jadi sahabat semua,bersabarlah andai ujian menimpa. kerana ubat mujarab untuk ujian ialah sabar.Saya tahu,agak sukar untuk sabar tapi ingatlah ganjaran orang yang bersabar itu besar.
                                            puisi dari saya 


Sabar,
kemanisanmu lebih manis dari madu,
walau ujian sepahit hempedu,
kerana bersabar itu lebih susah dari meniti sehelai rambut,
kerana sabar hanya wujud di hati orang mukmin.


Sabar,
indahnya bila menyinar dijalan buntu,
redha dengan ujian walau pahit untuk ditelan,
kerana sabar hasilnya penuh nikmat tak terkata,
hanya yang lalui dapat nikmati anggur kesabaran.

Sabar,
tidak diwarisi,namun ia hadir dengan usaha sendiri,
dan kerana YA  RABB  kita  bisa sabar,
sabar,sabar,dan terus bersabar..
kerana dunia,adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi yang tidak beriman.



Permulaan Bagiku

Assalammualaikum
Selamat Datang ke dunia blogku: Princess Nur's Blog.
Semoga memberi bermacam kemanfaatan dan keilmuan kepada semua.


"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

Sekian wassalam
Ma'al Salamah, Wa Ilaliqa'